Thursday, August 28, 2014

Tangguh IUI

Proses untuk IUI ditangguhkan, alasannya tidak lama lagi aku akan bercuti ke Pulau dan hujung bulan September akan ke luar negara.

Sedikit kecewa bermakna cycle bulan Oktober baru baru boleh proceed dengan IUI, perlu menanti lagi. Kalu ikutkan hati ini sanggup batalkan semua itu.

Selalu pujuk diri ini.







Wednesday, August 20, 2014

Malam ini

Membaca blog-blog yang pernah melakukan iui. Sepertinya ramai negatif kali pertama dan ada juga terus dapat kembar dua.

Kebanyakkan mereka pasti ada masalah dengan mertua disebabkan ada anak...dan aku ???


Thursday, August 14, 2014

Jumpa Doktor

Semalam ada appoitment dengan doktor di Lppkn, dah dapat semua result suami dan isteri tak ada masalah , belum rezekinya lagi...Hujung bulan ni akan buat IUI.

Dengar doktor explained rasa takut juga. Janganlah sesakit buat HSG, dah menangis sakit.

Sekarang banyak masa spent baca-baca blog dan cari maklumat berkaitan IUI dan Lppkn.

Memandangkan umur dah meningkat terpikir untuk mendapatkan makanan tambahan. Dah la kurang makan sayur, suami ada beberapa kali bising.

Acid Folid selalu lupa untuk makan.

Friday, August 8, 2014

Masak





Sangat membantu saya dari seorang yang zero memasak. :)

Rawatan

Dah lebih satu jam mencari maklumat dan membaca blog yang berkaitan kehamilan serta pengalaman yang pernah menerima rawatan di Lppkn.

13hb Ogos date untuk berjumpa dengan doktor. Harap semuanya berjalan dengan lancar.

Kalu ikutkan side suami tidak ada masalah, rawatan seterusnya pada pihak perempuan.

Pejam celik dah hampir 2 tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah.