Gambaran hati ketika ini.
Friday, August 29, 2014
Thursday, August 28, 2014
Tangguh IUI
Proses untuk IUI ditangguhkan, alasannya tidak lama lagi aku akan bercuti ke Pulau dan hujung bulan September akan ke luar negara.
Sedikit kecewa bermakna cycle bulan Oktober baru baru boleh proceed dengan IUI, perlu menanti lagi. Kalu ikutkan hati ini sanggup batalkan semua itu.
Selalu pujuk diri ini.
Sedikit kecewa bermakna cycle bulan Oktober baru baru boleh proceed dengan IUI, perlu menanti lagi. Kalu ikutkan hati ini sanggup batalkan semua itu.
Selalu pujuk diri ini.
Wednesday, August 20, 2014
Malam ini
Membaca blog-blog yang pernah melakukan iui. Sepertinya ramai negatif kali pertama dan ada juga terus dapat kembar dua.
Kebanyakkan mereka pasti ada masalah dengan mertua disebabkan ada anak...dan aku ???
Kebanyakkan mereka pasti ada masalah dengan mertua disebabkan ada anak...dan aku ???
Thursday, August 14, 2014
Jumpa Doktor
Semalam ada appoitment dengan doktor di Lppkn, dah dapat semua result suami dan isteri tak ada masalah , belum rezekinya lagi...Hujung bulan ni akan buat IUI.
Dengar doktor explained rasa takut juga. Janganlah sesakit buat HSG, dah menangis sakit.
Sekarang banyak masa spent baca-baca blog dan cari maklumat berkaitan IUI dan Lppkn.
Memandangkan umur dah meningkat terpikir untuk mendapatkan makanan tambahan. Dah la kurang makan sayur, suami ada beberapa kali bising.
Acid Folid selalu lupa untuk makan.

Friday, August 8, 2014
Rawatan
Dah lebih satu jam mencari maklumat dan membaca blog yang berkaitan kehamilan serta pengalaman yang pernah menerima rawatan di Lppkn.
13hb Ogos date untuk berjumpa dengan doktor. Harap semuanya berjalan dengan lancar.
Kalu ikutkan side suami tidak ada masalah, rawatan seterusnya pada pihak perempuan.
Pejam celik dah hampir 2 tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah.

Tuesday, July 1, 2014
Tuesday, May 20, 2014
Kenangan Lalu
Kerja saya tukang kemaskini website, bila ada website baru maka bertambah lagilah kerja saya. Tidak boleh mengeluh kerana itu rezeki saya. Semalam pukul 2 lebih baru tidur cuba siapkan kerja dan tetapi masih juga tidak siap.
Semalam pergi klinik Lppkn untuk ambil darah dan dimaklumkan temujanji seterusnya dengan doktor kemungkinan akhir bulan 8. Sekarang bulan 5...lamanya kene tunggu. Sedikit kecewa. :(
Jika mempunyai anak tentu suasana lebih ceria.
Friday, May 16, 2014
Marah
Nak marah pada seseorang tapi tak boleh kerana kedudukannya lebih tinggi dari saya.
Sikap nya sentiasa berubah mengikut moodnya.
Adat manusia bila nakkan sesuatu baru baik.
Wednesday, May 14, 2014
Kerja & Penjual Sayur
Work Hard..Work Smart..kerja semakin bertambah setiap, kerja kene iklas, jujur dan bertanggungjawab kerana duit itulah saya bagi pada ibu bapa dan adik-adik saya.
Kepala dah sakit ni tunggu siapkan satu bulan lagi lepas ni kita tidur.
Hoorey dah siap boleh melepak di atas katil.
Pangkat yang tinggi tidak menjanjikan kebahagia. Berniaga sayur di pasar lagi gembira. :))

Monday, May 12, 2014
Blogging lagi...
Blogging lagi..
Perkahwinan saya dah lebih setahun, bulan September nanti 2 tahun. Tarikh birthday mak sama dengan tarikh kahwin saya.
Rezeki anak belum ada lagi, sekarang sedang follow up di LPPKN. Minggu lepas baru buat test HSG, sakit sangat bagi saya sampai keluar air mata. :) Serius taknak buat lagi walaupun org offer duit rm1000 erm kalu rm10 000 mungkin boleh dipertimbangkan.Wah sanggup sakit kerana rm10K.
Kebahagian tidak mampu dimiliki dengan wang ringgit.

Wednesday, April 30, 2014
Pungguk
Mengapa ku di siksa
Mengapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita
Pungguk tertipu dengan hampas tebu yang disangkakannya bunga yang indah.
Sunday, April 20, 2014
Kuning
Kuning warna kesukaan saya. Adakah disebabkan saya berangan nak kahwin dengan anak raja? Saya cuma menyukai warna tersebut. In fact saya kahwin dengan seseorang yang berjaya dalam bidang yang diceburinya lansung tidak ada kaitan dengan kerabat raja.
Warna itu menarik bagi saya jelas dalam kelembutan.
Agak " " apabila kawan-kawan bertanya pasal teman lelaki ketika zaman sekolah, saya pantas menjawab sedang tunggu pinangan anak raja. Erm faktanya saya seorang yang tidak dikenali dan tidak ada peminat ketika itu.
Sepi itu indah, bersendiri mungkin lebih menenangkan diri ini ada masanya.
Thursday, April 10, 2014
Permintaan Hari Jadi
Saya dilahirkan bulan April, hari Isnin pada pukul 5.20 pagi. Bahagia mempunyai keluarga yang sangat baik, sentiasa bersama dalam apa jua keadaan. Banyak kesalahan dan pilihan yang salah saya lakukan. baa
Sebelum kahwin saya tak pandai masak, tak ada lesen kereta , beruntung suami menerima kekurangan itu dan saya belajar dari masa ke semasa. Hmm cuma yang ni belum lagi pandai - menjahit.
Dah survey kelas menjahit bayaran dalam rm2500 waktu belajar antara 3-6 bulan, tak silap 7 jenis pakaian rasanya. Hehe ingatnya sempat menjahit baju kurung raya sendiri tapi tidak sempat dek kekangan kerja yang banyak...kerjanya dari ke hari makin banyak lalalaaa cabaran betul dan saya sangat gembira.
Jodoh pertemuan , kematian telah ditentukan..belajar menerima kekurangan dan kelebihan dan redha. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya ini.
Tuesday, March 4, 2014
Pantai yang Indah
Wah seronoknya berada di tepi pantai yang sememangnya indah, dibesarkan suasana kampung mandi sungai tapi yang seronok kampung atuk belah mak dekat dengan laut. Unik jugalah kampung mak belakang rumah atuk sungai depan umah atuk seberang jalan pantai.
Sebuah perkampungan di pantai timur. Dulu masa arwah atuk ada setiap hari jumaat balik kampung, berkelah dengan sepupu-sepupu makan nasi cicah budu..lepas tu mandi laut.
Suasana sekarang jauh berbeza.
Rindu pada masa lalu, kegembiraan, keriuhan dan keindahan yang tidak mampu dimiliki lagi.
Hargailah setiap detik dan tika bersama ibu bapa dan adik beradik.
Friday, February 28, 2014
mLm
Saya tidak berminat dengan MLM, dari zaman saya belajar lagi dah dengar pasal ini. Saya belajar di sebuah IPTS di negeri Hang Tuah, belajar ijazah IT tapi agak buta IT. Hmm macam mana tu.
Yang saya nampak golongan ini targetnya LOAN pelajar, motifnya untuk diri sendiri. Kebiasaan mereka akan menunjukkan cheque dengan suatu amoun yang tidak berapa lumayan hasil dari mLm itu atau pun datang dengan kereta hasil mLm itu.
Kawan-kawan saya ramai yang terlibat kesudahan duit habis.
Kenapa mesti menggunakan orang lain untuk kepentingan diri, untuk mencapai cita-cita.
Kenapa saya menulis pasal mLm, erm sebabnya saya melihat masih ada kegiatan itu.
Bahagia apabila kita bersama orang yang tersayang walaupun makan nasi bilis.

Subscribe to:
Posts (Atom)