Kerja saya tukang kemaskini website, bila ada website baru maka bertambah lagilah kerja saya. Tidak boleh mengeluh kerana itu rezeki saya. Semalam pukul 2 lebih baru tidur cuba siapkan kerja dan tetapi masih juga tidak siap.
Semalam pergi klinik Lppkn untuk ambil darah dan dimaklumkan temujanji seterusnya dengan doktor kemungkinan akhir bulan 8. Sekarang bulan 5...lamanya kene tunggu. Sedikit kecewa. :(
Work Hard..Work Smart..kerja semakin bertambah setiap, kerja kene iklas, jujur dan bertanggungjawab kerana duit itulah saya bagi pada ibu bapa dan adik-adik saya.
Kepala dah sakit ni tunggu siapkan satu bulan lagi lepas ni kita tidur.
Hoorey dah siap boleh melepak di atas katil.
Pangkat yang tinggi tidak menjanjikan kebahagia. Berniaga sayur di pasar lagi gembira. :))
Perkahwinan saya dah lebih setahun, bulan September nanti 2 tahun. Tarikh birthday mak sama dengan tarikh kahwin saya.
Rezeki anak belum ada lagi, sekarang sedang follow up di LPPKN. Minggu lepas baru buat test HSG, sakit sangat bagi saya sampai keluar air mata. :) Serius taknak buat lagi walaupun org offer duit rm1000 erm kalu rm10 000 mungkin boleh dipertimbangkan.Wah sanggup sakit kerana rm10K.
Kebahagian tidak mampu dimiliki dengan wang ringgit.