Wednesday, April 30, 2014

Pungguk




Mengapa ku di siksa 
Mengapa kita bersua 
Berjumpa dan bercinta 
Tetapi menderita 







Pungguk tertipu dengan hampas tebu yang disangkakannya bunga yang indah.

Sunday, April 20, 2014

Kuning

Kuning warna kesukaan saya. Adakah disebabkan saya berangan nak kahwin dengan anak raja? Saya cuma menyukai warna tersebut. In fact saya kahwin dengan seseorang yang berjaya dalam bidang yang diceburinya lansung tidak ada kaitan dengan kerabat raja.

Warna itu menarik bagi saya jelas dalam kelembutan. 

Agak  "  " apabila kawan-kawan bertanya pasal teman lelaki ketika zaman sekolah, saya pantas menjawab sedang tunggu pinangan anak raja. Erm faktanya saya seorang yang tidak dikenali dan tidak ada peminat ketika itu. 

Sepi itu indah, bersendiri mungkin lebih menenangkan diri ini ada masanya.


Thursday, April 10, 2014

Permintaan Hari Jadi

Saya dilahirkan bulan April, hari Isnin pada pukul 5.20 pagi. Bahagia mempunyai keluarga yang sangat baik, sentiasa bersama dalam apa jua keadaan. Banyak kesalahan dan pilihan yang salah saya lakukan. baa

Sebelum kahwin saya tak pandai masak, tak ada lesen kereta , beruntung suami menerima kekurangan itu dan saya belajar dari masa ke semasa. Hmm cuma yang ni belum lagi pandai - menjahit. 

Dah survey kelas menjahit bayaran dalam rm2500 waktu belajar antara 3-6 bulan, tak silap 7 jenis pakaian rasanya. Hehe ingatnya sempat menjahit baju kurung raya sendiri tapi tidak sempat dek kekangan kerja yang banyak...kerjanya dari ke hari makin banyak lalalaaa cabaran betul dan saya sangat gembira.



Jodoh pertemuan , kematian telah ditentukan..belajar menerima kekurangan dan kelebihan dan redha. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya ini.